Kerajaan Selangor Larang Premis Jalankan Judi Bola Sepak

Diterbitkan: Ahad, 30 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan mana-mana premis di negeri ini menjalankan operasi aktiviti perjudian atau pertaruhan bola sepak, kata Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Walaupun lesen perjudian bola sepak itu telah dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan, kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai kuasa menghalang aktiviti perjudian bola sepak yang beroperasi di negeri ini, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilapor berkata Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.

Abdul Khalid berkata: "Ini kerana syarikat yang berkenaan perlu membuat permohonan lesen perniagaan dari PBT untuk menjalankan aktiviti perjudian bola sepak."

Semua PBT telah diberi amaran supaya tidak mengeluarkan lesen perniagaan kepada mana-mana pihak bagi aktiviti perjudian bola sepak, katanya lagi.

"Kerajaan negeri melalui PBT tidak akan teragak-agak untuk menutup mana-mana premis yang menjalankan perjudian bola sepak secara haram," katanya.

Beliau berkata pemberian lesen perjudian bola sepak itu tidak menjamin akan menghapuskan perjudian haram sebaliknya ia dikhuatiri akan memburukkan penyakit sosial apabila semakin ramai orang mahu cepat kaya terutama golongan miskin yang sanggup menggunakan wang gaji atau simpanan untuk bertaruh. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan