Vell Paari Minta Maaf Kepada PM, TPM

Diterbitkan: Sabtu, 29 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: S. Vell Paari, anak Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran dakwaannya bahawa Umno adalah punca masalah dalaman MIC.

Vell Paari turut memohon maaf kepada seluruh ahli Umno kerana tuduhan melulunya itu sehingga menimbulkan bantahan daripada pelbagai pihak.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini membuat keputusan itu selepas menjelaskan pendiriannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

“Mengambil kira perkembangan semasa, adalah jelas kepada saya bahawa Umno tidak terlibat dalam apa jua cara kempen GAS (Gerakan Anti Samy Vellu).

“Banyak pemimpin Umno dengan jelas telah mengatakan pendirian mereka bahawa mereka tidak menggalakkan atau bekerjasama dengan V. Mugilan dalam apa jua cara (dalam menggerakkan GAS).

“Oleh itu, saya mahu meminta maaf kepada perdana menteri, timbalan perdana menteri dan juga Umno berhubung kenyataan saya sebelum ini,” katanya yang pernah bertegas enggan menarik balik tuduhannya itu.

Sebelum ini Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) MIC itu menuduh Umno menjadi dalang kepada masalah yang wujud dalam MIC dan melakukan 'pembunuhan politik' terhadap parti itu bagi memecah- belahkan Barisan Nasional.

Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri menyifatkan anak Presiden MIC itu sebagai biadab.

Muhyiddin turut menegaskan bahawa BN dan parti-parti komponennya terutama UMNO tidak terlibat sama sekali dalam sebarang usaha yang menimbulkan masalah dalam MIC.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan