Tidak Perlu Desak Saya Percepat Peralihan Kuasa - Samy Vellu

Diterbitkan: Sabtu, 29 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu menegaskan mana-mana pihak tidak perlu mendesak beliau untuk mempercepatkan peralihan kuasa jawatan presiden MIC setelah beliau mengumumkan tarikh peralihan kuasa itu baru-baru ini.

"Saya sudah umum untuk melepaskan jawatan baru-baru ini...apa lagi mahu? Saya juga sudah tetapkan tarikh peralihan kuasa....apa lagi mahu? Kalau nak rosakkan nama parti...buat macam orang gila...kita nak sokong dia kah?," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen MIC Negeri Sembilan di Wisma MIC di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel, dua Naib Presiden iaitu Datuk Dr Subramaniam dan Datuk S.K. Devamany, Setiausaha Agung MIC S. Murugesan, Bendahari MIC Datuk Jaspal Singh, Ketua Wanita MIC Datin Paduka Komala dan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan Datuk T. Rajagopalu.

Samy Vellu mendakwa terdapat usaha sedang dibuat oleh pihak tertentu untuk mewujudkan pergolakan dalam parti dan menjadikan MIC tidak relevan lagi.

Katanya pergolakan ini boleh melemahkan dan merugikan parti dan kerana itu MIC mesti kuat.

"Sebagai Presiden saya berjanji pada semua ahli parti bahawa saya tidak akan benarkan perkara ini berlaku. Oleh itu, saya perlukan sokongan dan kerjasama semua pihak untuk memastikan parti kita kuat dan stabil.

"Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk pastikan parti kukuh dan kuat sebelum saya serahkan jawatan saya sebagai Presiden parti kepada pemimpin baru. Kekuatan saya datangnya dari semangat setiap ahli," katanya.

Samy Vellu berkata MIC mempunyai cara sendiri untuk menguruskan parti dan tidak perlu 'orang luar' mencampuri urusannya.

"Kalau guna orang luar campur tangan, kita akan dipergunakan. Pihak yang tidak bertanggungjawab mahu menghancurkan parti kita. Oleh itu, kita perlu sedar dan saya menyeru agar semua ahli terus memberikan sokongan padu pada parti," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan