Subramaniam Kecewa Dengan Kenyataan Murugesan

Diterbitkan: Sabtu, 29 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Naib Presiden MIC Datuk Dr S. Subramaniam melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Setiausaha Agung MIC S. Murugesan semalam yang tampil secara terbuka mempertikaikan tindakan Datuk Seri S. Samy Vellu yang menggunakan kuasanya sebagai presiden untuk memecat empat anggota termasuk dua anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti baru-baru ini.

Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia berkata sepatutnya perkara itu boleh dibincangkan di dalam parti mengikut salurannya.

"Memang saya kecewa kerana dia kawan rapat saya dan kita selalu bincang isu parti. Memang di dalam satu parti kita ada perbezaan pandangan, namun kita mesti ada saluran atau platform yang tertentu di mana kita boleh bincang terutama apabila kita memegang jawatan tinggi di dalam parti.

"Oleh itu, saya kecewa dengan tindakannya itu kerana saya mempunyai satu penghormatan tinggi terhadap beliau. Kalau kita ada apa-apa perbezaan pandangan pun ia boleh dibincang di peringkat dalaman parti.....tak payah pergi keluar dengan mengambil kira keadaan yang ada pada masa sekarang ini. Ini seolah-olah kita memberi sokongan kepada apa yang berlaku di luar... itu yang mengecewakan saya," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Labu dekat sini, hari ini.

Katanya pendirian beliau jelas iaitu apa-apa perubahan yang berlaku dalam parti termasuk peralihan kuasa, semuanya ini mesti melalui saluran parti.

"Kita tidak boleh membenarkan kuasa atau tekanan dari luar untuk menentukan masa depan parti. Kalau kita buat ini pada hari ini, perkara ini tidak akan berhenti... hari ini boleh berlaku kepada Datuk Seri S. Samy Vellu, besok boleh berlaku kepada siapa-siapa pun... semua perkara boleh berlaku. Bukan saja di dalam MIC, malah boleh berlaku di dalam parti-parti yang lain.

"Oleh itu, prinsip itu mesti kita pegang dengan kuat. Kalau kita boleh pegang kepada prinsip itu dengan kuat, isu ini tidak akan timbul," katanya.

Katanya lagi, Presiden parti pun sudah mengumumkan untuk menyerahkan jawatannya pada suatu masa tertentu dan pihak parti sudah menerima keputusan itu.

"Jadi, jika ada apa-apa perkara berbangkit mengenainya selepas itu, perkara itu mesti dibincangkan di peringkat kita (parti) untuk menentukannya...bukan tekanan daripada luar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan