Malaysia Siapkan strategi Mantapkan Hubungan Ekonomi Dengan Indonesia - Mustapa

Diterbitkan: Sabtu, 29 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Malaysia sedang menyediakan strategi ekonomi bagi memantapkan lagi hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Indonesia yang boleh memberi keuntungan dua hala. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata strategi itu akan dijadikan "road map" (panduan) jelas tentang bidang-bidang ekonomi akan diberi tumpuan dan ia termasuk juga bidang pelancongan perubatan.

"Keutamaan saya sekarang ialah untuk berusaha mengurangkan halangan dagangan terhadap beberapa produk Malaysia untuk pasaran Indonesia dan keduanya ialah untuk mendapatkan lebih ramai pelabur Indonesia untuk menanam modal di Malaysia," katanya dalam perjumpaan dengan pengurus kanan beberapa syarikat Malaysia di sini.

Mustapa berkata usaha itu adalah susulan kepada perbincangan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada rundingan tahunan Malaysia-Indonesia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Salah satu persetujuan yang dicapai dalam rundingan tahunan itu ialah Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) akan diadakan setiap tiga bulan, yang mengandungi beberapa kumpulan kerja, termasuklah kumpulan kerja bagi memantapkan lagi hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.

Menteri itu berkata pada masa ini beberapa produk Malaysia seperti kosmetik, farmaseutikal dan makanan menghadapi kesukaran untuk dieksport ke Indonesia dan beliau berhasrat menggunakan forum JCM untuk berbincang dengan pihak Indonesia mengenai perkara itu, berkemungkinan pada bulan Julai nanti.

Begitu juga dengan soal pelaburan kerana pada masa ini syarikat Malaysia yang melabur di Indonesia adalah lebih banyak berbanding syarikat Indonesia yang melabur di Malaysia.

"Kita mahu juga orang kaya Indonesia melabur juga di Malaysia, selain di Singapura dan di Amerika Syarikat," katanya sambil menambah bahawa Malaysia sedang memberi tumpuan kepada usaha menarik pelaburan berkualiti yang mampu menawar gaji tinggi kepada pekerja.

Mustapa berkata peningkatan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara ini adalah penting lebih-lebih lagi kerana ekonomi Malaysia yang bergantung kepada perdagangan.

"Malaysia kini merupakan negara pengeskport ke-20 terbesar di dunia dan ia perlu terus berusaha untuk menembusi lebih banyak pasaran eksport.

"Pada masa yang sama Malaysia juga membuka ekonominya kepada pedagang dan pelabur asing," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan