Majlis Profesor Negara Perlu Beri Input Selesaikan Isu Rakyat

Diterbitkan: Sabtu, 29 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majlis Profesor Negara (MPN) disaran supaya mengemukakan cadangan dan pandangan kepada kerajaan dalam menyelesaikan sesuatu isu yang membabitkan kepentingan rakyat.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara isu yang boleh diketengahkan membabitkan kepentingan rakyat seperti cukai barangan serta perkhidmatan (GST) dan cadangan untuk memansuhkan subsidi.

“MPN secara proaktif perlu mendahului pihak lain dalam mengemukakan pandangan dan input kepada kerajaan.

"Pengenalan tentang GST dan cadangan untuk menghapuskan subsidi perlu ada pandangan daripada badan ini.

“Saya percaya di kalangan profesor ini akan memberi pandangan masing-masing tentang isu terbabit terutamanya membabitkan cadangan untuk menghapuskan subsidi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Perancangan Strategik MPN di sini semalam.

Khaled berkata, peranan golongan cerdik pandai dalam mengemukakan cadangan kepada kerajaan amat diperlukan, kerana zaman kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir.

Beliau berkata, cadangan dan pandangan daripada profesor adalah cadangan rakyat yang biasanya rakyat akan mendengar serta mengambil perhatian terhadap cadangan intelektual ini.

“Kerajaan yang ada hari ini sememangnya meminta rakyat mengemukakan pandangan dan golongan cerdik pandai tidak boleh menyepi daripada memberi pandangan berasaskan pemerhatian dan ilmu masing-masing.

“Saya percaya rakyat akan terima sekiranya sesuatu itu (cadangan dan pandangan) dikemukakan oleh cerdik pandai negara,” katanya.

Pada 1 April lalu, MPN ditubuhkan secara rasmi dengan menggabungkan kepakaran 1,426 orang profesor dari seluruh institusi pengajian tinggi awam di negara ini.

Majlis tersebut berperanan membantu kerajaan dengan menyumbang input dalam pelbagai bidang khususnya untuk memperkukuhkan asas penggubalan dasar negara dan juga menjayakan Model Ekonomi Baru.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan