Kempen Satu Kad Satu Pelajar Untuk Kukuh Perpaduan Kaum : Murugiah

Diterbitkan: Sabtu, 29 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah bercadang untuk mewujudkan kempen 'Satu Kad Satu Pelajar' sebagai usaha mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Melalui kempen itu, katanya pelajar sekolah rendah dan menengah dikehendaki menulis dan bertukar-tukar sekeping kad dengan pelajar dari sekolah lain.

Beliau berkata, usaha itu yang akan dilaksanakan melalui Kelab Rukun Tetangga di setiap sekolah itu turut memberi peluang kepada pelajar menjalin hubungan persahabatan dengan rakan dari negeri lain.

Cadangan itu turut memberi kefahaman kepada setiap pelajar memahami budaya, agama dan bangsa kaum lain di negara ini, katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Kelantan 2010 di sini hari ini.

Mengenai Skim Rondaan Sukarela (SRS), Murugiah berkata Kelantan merupakan negeri yang memiliki jumlah keahlian paling tinggi di negara ini iaitu seramai 22,000 orang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan