Kementerian Kerjasama Dengan Pihak Peguam Negara Percepat Kes Jenayah Kanak-kanak

Diterbitkan: Sabtu, 29 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bekerjasama erat dengan pihak Jabatan Peguam Negara bagi mempastikan mereka yang terlibat dalam kes jenayah terhadap kanak-kanak dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata langkah itu menunjukkan bahawa kerajaan sangat serius dalam menangani perkara itu terutama yang membabitkan kes penderaan dan pembuangan bayi.

"Sekarang ini mana-mana kes jenayah terhadap kanak-kanak diberi keutamaan dan sebab itu kita lihat semalam seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun bersama kakaknya yang terlibat dalam kes pembuangan bayi dibawa ke mahkamah dengan cepat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Jalinan Rakyat Wanita Umno bahagian Kota Raja di sini hari ini.

Shahrizat berkata demikian ketika mengulas mengenai perintah tahanan reman selama empat hari yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Shah Alam semalam ke atas pelajar perempuan terbabit dan kakaknya yang berusia 24 tahun bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki baru lahir yang ditanam berhampiran dengan Stesen Keretapi Padang Jawa di Shah Alam, Isnin lepas.

Dalam pada itu beliau turut kesal dengan tindakan sesetengah ibu bapa yang mengamalkan budaya lepas tangan kepada pihak lain sekiranya anak-anak mereka terlibat dengan kes-kes seperti kehamilan dan kelahiran anak luar nikah.

Katanya apa yang menghairankan ialah ibu bapa adalah orang yang duduk serumah dengan anak-anak tetapi tidak mahu mengambil tahu kebajikan dan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.

"Saya nampak kita dah mula ada budaya lepas tangan kepada pihak lain. Untuk tangani isu seperti ini, semua pihak kena bertanggungjawab. Ibu bapa jangan lepas tangan kerana kerajaan ada tanggungjawab dan polisi, kita ada institusi yang nak bantu ibu nak bersalin termasuk bersalin anak luar nikah dan kita juga boleh ambil anak-anak itu selepas bersalin.

"Kita sebagai ibu bapa buat apa. Kalau anak kita hamil luar nikah kita mesti bantu, kalau tidak tahu nak buat apa pergi ke hospital mereka tahu di mana nak hantar atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Yang saya hairan macam mana kes-kes seperti ini ibu bapa tidak tahu langsung sedangkan mereka duduk serumah dengan anak-anak, kalau mereka tidak tahu langsung macam mana orang lain nak tahu," katanya.

Justeru, Shahrizat berkata kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ibu bapa yang didapati gagal menjalankan tanggungjawab mereka dalam menangani masalah anak-anak yang terlibat dalam kes seperti itu.

"Ini sebagai amaran bahawa kes seperti ini tiada belas kasihan dan tidak boleh dimaafkan. Saya juga sudah maklumkan kepada pihak polis supaya segerakan penyiasatan dan jika ada bukti (berlaku kelalaian) ibu bapa akan dipertanggungjawabkan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan