Anggota TUDM Perlu Elak Hutang Berlebihan

Diterbitkan: Sabtu, 29 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diingatkan supaya tidak berhutang secara berlebihan bagi mengelak dikenakan hukuman keras termasuk dibuang daripada pasukan.

Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud berkata, perbuatan berhutang melebihi kemampuan diri bukan sahaja meruntuhkan akhlak dan institusi kekeluargaan, malah menjejaskan imej baik pasukan.

Beliau berkata selain ilmu pengetahuan, pengisian dan kemantapan rohani juga penting untuk menjadikan seseorang itu sebagai warga TUDM yang beretika tinggi.

"Justeru, elakkan berhutang berlebihan kerana ia membawa kepada keruntuhan akhlak dan institusi keluarga. Saya tidak teragak-agak untuk bertindak dan memberi hukuman paling keras jika melakukan perbuatan sedemikian kerana kepentingan perkhidmatan lebih utama berbanding kepentingan diri," katanya ketika berucap pada upacara Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM Siri 42/2010, di Institut Latihan Tentera Udara di sini hari ini.

Pada upacara itu, seramai 428 Perajurit Muda tamat latihan selepas menjalani kursus lima bulan yang bermula Januari lepas.

Rodzali berkata sempena ulang tahun ke-52 TUDM 1 Jun ini, satu visi strategik iaitu 'Generasi Masa Depan' diperkenalkan dan bakal membawa TUDM melalui proses transformasi bagi memajukan perkhidmatan pada masa depan.

"Salah satu daripada tonggak visi adalah 'warga pasukan' yang mana setiap anggota perlu berfikiran jauh ke hadapan, berminda teknologi, yakin dan komited. Justeru, perajurit muda yang baru menamatkan latihan pada hari ini adalah pelopor kepada visi strategik berkenaan," katanya.

Beliau berkata kumpulan itu bakal menentukan sama ada matlamat visi tersebut berjaya atau sebaliknya.

"Oleh itu, saya mahukan perajurit muda yakin dengan visi tersebut dan seterusnya berusaha mempertingkat dan memberi nilai tambah kebolehan diri sendiri sehingga tamat tempoh perkhidmatan," katanya.

Selain itu, mulai tahun ini, beliau berkata TUDM turut memperkenalkan anugerah 'Airmen of The Year' sebagai satu manifestasi mengenai kepentingan sumber manusia dalam pasukan berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan