AirAsia Gondol Anugerah Cemerlang ICT WISTA

Diterbitkan: Sabtu, 29 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AMSTERDAM: Syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia, AirAsia, memenangi kategori sektor persendirian Anugerah Kecemerlangan ICT World Information Technology and Services Alliance (WITSA) bersempena dengan Kongres Dunia Teknologi Maklumat (WCIT 2010) di sini.

Dalam satu kenyataan, WITSA berkata AirAsia telah mempamerkan nilai strategik ICT untuk meningkatkan daya saing perniagaan di mana sebahagian besar penumpang syarikat penerbangan itu membuat tempahan melalui dalam talian.

AirAsia juga merupakan syarikat penerbangan dunia pertama yang membenarkan tempahan dan pembayaran SMS untuk tiket-tiket penerbangan.

Sementara itu, WITSA turut mengumumkan tujuh pemenang Anugerah ICT semasa berlangsungnya majlis gala makan malam yang menyaksikan Anugerah Pengerusi diberikan kepada Institut untuk Industri Maklumat Taiwan.

Lain-lain anugerah termasuklah kategori sektor awam yang digondol oleh Insiatif Kerajaan Terbuka Presiden Amerika Barack Obama dan Kerajaan Metropolitan Seoul.

Selain daripada AirAsia, penerima lain anugerah sektor persendirian ialah Mondero, iaitu cara pembayaran dalam segmen pembayaran mikro di Argentina.

Sementara itu, Anugerah Peluang Digital dimenangi oleh Mobile Link Service dan Nick White of Consulting & Interim Management Solutions Ltd dan Mercy Corps. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan