Setiausaha Agung MIC Pertikai Samy Vellu Pecat Ahli

Diterbitkan: Jumaat, 28 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

S.Murugesan (kiri) semasa mengumumkan menyertai kumpulan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS)yang ditubuhkan bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini. - Foto S.S.KANESAN
S.Murugesan (kiri) semasa mengumumkan menyertai kumpulan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS)yang ditubuhkan bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini. - Foto S.S.KANESAN

PETALING JAYA: Krisis MIC semakin meruncing apabila Setiausaha Agung parti, S. Murugesan (gambar) hari ini membuat kejutan turut mempertikaikan tindakan Datuk Seri S. Samy Vellu enggunakan kuasa presiden untuk memecat empat pemimpin dalam tempoh dua minggu lalu.

Beliau kini menyertai kumpulan yang mempertikaikan tindakan 'bosnya' itu menegaskan, presiden sepatutnya menggunakan kuasa memecat sebagai langkah terakhir.

“Kuasa presiden untuk memecat hanya harus digunakan sebagai langkah terakhir dan bukannya sebagai opsyen pertama,” katanya beliau dilantik ke jawatan itu September lalu di sini.

Beliau juga merupakan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang dilantik.

Bagaimanapun Murugesan enggan menyatakan sama ada beliau menyokong gesaan agar Samy Vellu juga perlu berundur segera.

Sebelum ini, dua anggota CWC MIC, G. Kumar Aamaan dan KP Samy dipecat daripada parti itu hari ini kerana menggesa Samy Vellu segera melepaskan jawatannya.

Tindakan itu adalah susulan pemecatan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V.Mugilan yang membuat desakan sama sebelum bertindak melancarkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) pada Sabtu lalu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan