Philip Morris Kecewa Kerajaan Tangguh Haram Jual Rokok 14 Batang

Diterbitkan: Jumaat, 28 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd (PPM), sebuah syarikat pengeluar rokok hari ini kecewa dengan tindakan Kementerian Kesihatan gagal menguatkuasakan pengharaman penjualan rokok 14 batang atas alasan memerlukan lebih banyak masa untuk membuat kajian mengenai kesannya.

Pengarah Urusan PPM, Richard Morgan dalam satu kenyataan berkata, demi mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, pihaknya telah menghentikan semua pengeluaran rokok sebanyak 14 batang.

Sehubungan itu, beliau kerajaan mengekalkan cadangan untuk memansuhkan penjualan rokok 14 batang di pasaran dan membenarkan hanya rokok 20 batang dijual kepada orang awam.

"Kerajaan telah berulang kali menekankan strategi untuk menghentikan pengeluaran rokok sebanyak 14 batang adalah untuk mengelakkan remaja merokok.

"Kami memahami strategi itu dan telah membuat pengubahsuaian terhadap strategi perniagaan kami serta menghentikan pengeluaran rokok 14 batang di pasaran. Ini bukan sahaja akan memburukkan perniagaan kami, malah akan menyebabkan pelabur asing hilang kepercayaan terhadap syarikat rokok di Malaysia," katanya di sini.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tarikh penguatkuasaan itu tidak dapat dilaksanakan kerana bimbang pengharaman penjualan rokok 14 batang akan menyebabkan lebih banyak lambakan rokok haram di negara ini.

Kata beliau, pengecualian untuk penjualan rokok 14 batang sememangnya diberikan sehingga satu tarikh yang belum diputuskan pada 2010, namun kementerian sebelum ini membuat cadangan untuk mempercepatkannya kepada Jun ini.

Bagaimanapun jelasnya, memandangkan lebih banyak data diperlukan tentang kesannya, Kabinet semalam memutuskan supaya ia tidak dipercepatkan.

Beliau berkata, satu kenyataan juga akan dikeluarkan secepat mungkin mengenai perkara itu.

Sebelum ini, Tiong Lai pernah menyatakan bahawa penjualan rokok 14 batang akan diharamkan bagi mengehadkan kebolehcapaian awam terhadap rokok terutama di kalangan remaja dan hanya membenarkan penjualan rokok 20 batang yang harganya lebih mahal.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan