Penjawat Awam Miliki Rumah Kos Rendah Di Selangor Akan Dipanggil Beri Penjelasan

Diterbitkan: Jumaat, 28 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penjawat awam di Selangor yang memiliki rumah kos rendah akan dipanggil untuk memberi penjelasan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata, jika mereka didapati tidak layak untuk memiliki unit itu dan terdapat unsur-unsur penyelewengan, tindakan sewajarnya akan diambil.

Penjawat awam yang tidak bertanggungjawab ini juga akan diminta untuk menyerahkan semula rumah berkenaan kepada kerajaan negeri untuk dijual kepada mereka yang benar-benar layak," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Abdul Khalid berkata, Majlis Tindakan Ekonomi dalam mesyuaratnya hari ini juga memutuskan untuk memantau setiap penjawat awam yang memiliki rumah kos rendah sejak tahun 2004 hingga sekarang.

Katanya, kerajaan negeri menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor juga akan membuat pemantauan secara terperinci mengenai pemilikan rumah kos rendah agar penyelewengan seperti itu tidak berulang.

"Langkah ini diambil bagi memastikan pengagihan rumah kos rendah dibuat secara adil iaitu sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang ditekankan dalam pentadbiran," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan