Kongres PKR: Utusan Malaysia Tetamu Tidak Diundang

Diterbitkan: Jumaat, 28 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Akhbar utama berbahasa Melayu, Utusan Malaysia menjadi tetamu tidak diundang untuk membuat liputan kongres nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali menyifatkan media tersebut sebagai tetamu yang tidak dijemput pada kongres kali keenam parti itu yang diadakan di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre.

Bagaimanapun katanya, pihaknya tidak akan mengambil tindakan menghalau wartawan, jurukamera dan jurufoto media itu.

"Kita tidak halang, mereka ini macam orang yang tidak dijemput tetapi kita tidak halau mereka," katanya dalam sidang media di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa pihak media menerima sistem pesanan ringkat (SMS) yang memaklumkan wartawan daripada Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan pada kongres berkenaan.

Wartawan Utusan Malaysia, Rodelio Junjun Taucan berkata pihaknya menerima SMS itu pada petang semalam dan beliau tidak mengetahui bahawa wujudnya larangan itu.

"Saya terima SMS petang semalam ianya menyukarkan pihak kami membuat liputan kongres," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan