Isu Malaysia-Singapura Akan Selesai Berperingkat - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 28 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, isu berkaitan Malaysia dan Singapura boleh diselesaikan secara berperingkat melalui keyakinan yang dipersetujui oleh kedua-dua negara.

Beliau berkata, persetujuan Malaysia membangunkan bersama tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar, Singapura, dan memindahkan stesen KTM ke Woodlands adalah penyelesaiaan penting yang menguntungkan kedua-dua negara.

"Ini merupakan isu legasi, tapi yang paling besar ialah isu ini... saya percaya jika kita ada keyakinan antara satu sama lain, perkara lain boleh kita atasi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini semalam.

Najib yang juga Presiden Umno mengulas mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berharap sepatutnya lawatan tiga hari Najib ke Singapura Sabtu lepas telah dapat menyelesaikan semua masalah terutamanya berkenaan isu jambatan memandangkan lalu lintas di Tambak Johor semakin sesak.

Dr Mahathir berkata antara isu yang belum disentuh adalah air selepas tamat perjanjian pada 2011 dan soal jambatan baru.

Bagaimanapun Najib berkata, beliau yakin isu-isu lain yang belum diselesaikan itu dapat diatasi secara berperingkat.

"Kita lihat ini (isu jambatan dan air) secara berperingkat, dalam satu pertemuan kita tak boleh selesaikan segala-galanya.

"Tapi kalau kita tak dapat atasi, ia tak seharusnya dijadikan sebagai hambatan untuk kita memajukan hubungan dua hala sebab mungkin kita ada perbezaan pendapat antara kedua-dua negara," katanya.

Pertemuan Najib dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong baru-baru ini banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.

Kedua-dua pemimpin itu juga bersetuju supaya satu sistem transit laju antara Tanjung Puteri di Johor Baharu dan Singapura dimajukan secara bersama.

Sistem ini akan digabung dengan perkhidmatan pengangkutan awam di Johor Baru dan Singapura, dan untuk kemudahan orang ramai, sistem transit ini akan mempunyai kemudahan Kuarantin, Imigresen dan Kastam (CIQ) bersama di Singapura, di satu kawasan yang akan dikenal pasti kemudian.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan