Tumpahan Minyak Masuki Perairan Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 27 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Tumpahan minyak daripada kapal tangki MT Bunga Kelana 3 yang berlanggar dengan kapal pengangkut pukal MV Waily di Selat Singapura kira-kira 13 kilometer ke tenggara Changi East Selasa lepas kini memasuki perairan Malaysia.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor dalam satu kenyataan hari ini berkata, tumpahan minyak yang dianggarkan 1,600 meter panjang dan 960 meter lebar itu berada hanya kira-kira 960 meter dari pantai Tanjung Ayam di Pengerang, Kota Tinggi.

"Ketika ini Jabatan Laut Wilayah Selatan sedang menjalankan kerja-kerja melawan tumpahan minyak di laut itu bagi mengelakkan ia sampai ke pantai," menurut Pengarah JAS negeri, Dr Zulkifli Abdul Rahman dalam kenyataan itu.

Menurutnya, peralatan penghalang atau "boom" sudah dipasang bagi mengelak tumpahan minyak itu memasuki kawasan pantai.

Sementara itu, pengusaha ternakan ikan dalam sangkar di kawasan Pengerang dinasihatkan memantau ternakan masing-masing agar tidak menerima kesan tumpahan itu sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan berlaku perkara di luar jangkaan semasa pelbagai pihak berusaha membersihkan tumpahan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan