Subsidi: Rakyat Perlu Buat Keputusan Bersama Kerajaan

Diterbitkan: Khamis, 27 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat perlu terlibat dalam membuat keputusan sama ada kerajaan wajar mengekalkan atau mengurangkan subsidi bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan untuk kesan jangka masa panjang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, rakyat perlu diberi penjelasan yang terpeinci mengenai kesan-kesan tertentu yang bakal dialami negara sebelum sebarang keputusan diambil berhubung subsidi yang diberikan kerajaan pada masa ini.

"Ini proses secara telus yang ingin kita lakukan, ini isu besar yang kita nak kongsi dengan rakyat.

"Kita mahu rakyat faham bahawa keputusan yang bakal kita buat ini adalah keputusan bersama rakyat... kalau kita pilih 'A' ini kesannya dan kalau kita pilih 'B' ini pula kesannya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang berlangsung hampir tiga jam di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bahawa Malaysia akan muflis menjelang tahun 2019 kerana negara menanggung defisit sebanyak RM1,158 bilion.

Idris berkata cadangan untuk mengurangkan subdidi kerajaan akan dapat menjimatkan perbelanjaan negara sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.

Mengulas lanjut Najib berkata, kerajaan akan mengkaji setiap maklum balas yang diberikan oleh rakyat melalui Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi sebelum membuat sebarang keputusan.

"Saya nak tunggu maklum balas dan pandangan orang ramai, kita akan membuat rumusan daripada pandangan-pandangan yang diperoleh.

"Apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Idris ialah berdasarkan kepada unjuran semasa," katanya.

Jelasnya lagi rakyat berhak untuk menentukan mengenai soal subsidi berkenaan demi masa depan negara.

"Terserah kepada rakyat untuk memikirkan tentang perkara itu (subsidi) yakni apakah kita nak kebaikan jangka masa panjang atau kita nak pertahankan apa yang ada hari ini tetapi mendedahkan negara kepada risiko-risiko tertentu pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu Najib yang juga Presiden Umno berkata, MT mengambil maklum mengenai proses pemutihan keahlian Umno yang dijalankan bagi mengelakkan sebarang pertikaian mengenai jumlah terkini ahli parti berkenaan.

"Setakat ini melalui proses pemutihan itu, kita telah keluarkan lebih kurang 380,000 ahli kerana ada yang tak dapat dikesan, meninggal dunia dan sebagainya.

"Jumlah ahli yang dapat kita sahkan setakat ini ialah 3,159,484 orang," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan