Rundingan Damai Palestin-Israel Asas Bagi Lebih Banyak Kemajuan Untuk Dicapai - Najib

Diterbitkan: Khamis, 27 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rundingan damai yang sedang berjalan antara Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan Israel perlu menjadi asas yang baik agar lebih banyak kemajuan dapat dicapai.

Bercakap kepada pemberita selepas rundingan sejam dengan pemimpin Palestin di pejabatnya di sini hari ini, Najib berkata Mahmoud telah mengambil kedudukan yang wajar yang mana Malaysia percaya akhirnya ia akan membawa kepada pembentukan sebuah negara Palestin yang berdaulat.

Najib berkata mereka berdua telah mengadakan perundingan "yang sangat berguna dan produktif" di mana Mahmoud telah memberi taklimat kepada pemimpin Malaysia mengenai perkembangan terbaru berhubung dengan rundingan itu.

"Jadi, Malaysia telah meminta kepimpinan rakyat Palestin melalui Presiden Mahmoud Abbas agar meneruskan rundingan itu dan (pada masa yang sama) juga mendesak kerajaan Israel agar seboleh-bolehnya positif...ingat mengenai kedudukan wajar yang diambil oleh kerajaan ini (Palestin)," kata Najib dalam sidang akhbar bersama.

Mahmoud tiba di sini semalam untuk lawatan kerja tiga hari bagi meningkatkan keakraban hubungan dua hala antara Malaysia dan Palestin. Ini merupakan lawatan rasminya yang kedua ke Malaysia selepas lawatan pertama pada 2007.

Rundingan damai Palestin- Israel di mana Amerika Syarikat menjadi pengantara bermula pada 9 Mei dan mempunyai tempoh masa empat bulan.

Selepas dua pusingan kedua rundingan berakhir, Mahmoud berkata kedua-dua pihak telah membincangkan isu-isu berhubung persempadanan dan aturan keselamatan dan begitu juga dengan pertukaran tanah dengan Israel.

Rundingan damai yang diluluskan oleh Liga Arab, juga merintis jalan bagi rundingan pertama selama 18 bulan antara Israel dan Palestin dan memberi satu galakan kepada diplomasi damai kepada Washington di rantau itu.

Najib berkata pada masa yang sama, Malaysia juga menggalakkan Fatah dan Hamas untuk mencari asas yang sama agar rakyat Palestin mempunyai perwakilan yang kukuh dalam perjalanan mereka yang jauh dan penuh dengan kesukaran bagi mencapai impian mereka, yang telah disytiharkan, untuk sebuah negara Palestin yang merdeka.

"Rakyat Palestin yang terbahagi dua sudah pastinya menjadi satu masalah apabila tiba masa untuk (mencapai) resolusi muktamad," kata Najib.

Berikutan pilihan raya Parlimen pada Januari 2006 yang dimenangi Hamas dengan menewaskan Fatah, timbul konflik antara kumpulan itu dan hari ini pertubuhan Islam Palestin menguasai Gaza manakala kumpulan Fatah yang dipimpin Mahmoud menguasai Tebing Barat.

Najib juga berkata semasa perbincangan dengan Mahmoud, beliau mengulangi pendirian Kuala Lumpur yang begitu lama menyokong perjuangan rakyat Palestin.

"...kita sentiasa di belakang rakyat Palestin...kita sentiasa menyokong rakyat Palestin dan perjuangan mereka. Dan kita akan terus berbuat demikian dan mengambil setiap peluang di sini dan (pada) forum antarabangsa untuk bercakap mengenai perjuangan rakyat Palestin dan mewujudkan sebuah negara Palestin yang berdaulat," katanya.

Najib berkata Malaysia akan terus menyediakan apa jua bantuan yang boleh dihulurkan terutama bagi pembinaan kenegaraan, latihan dan begitu juga dengan asas sokongan politik yang kukuh bagi rakyat Palestin. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan