Rakan, Kakak Aminulrasyid Beri Keterangan Di Bukit Aman

Diterbitkan: Khamis, 27 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Azamuddin Omar, rakan kepada remaja Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati akibat terkena tembakan polis bulan lepas dipanggil ke Bukit Aman semalam.

Turut dipanggil untuk memberi keterangan adalah abang Azamuddin, Muhamad Hafizzudin, 24, dan Nor Azura Amzah, 39, kakak kepada Aminulrasyid berhubung laporan yang dibuat mereka di Shah Alam pada 20 Mei.

Azamuddin, 15, berada dalam kereta yang dipandu Aminulrasyid ketika kejadian itu di Seksyen 11, Shah Alam, pada awal pagi 26 April.

Ketiga-tiga mereka dilihat tiba di perkarangan Bukit Aman kira-kira pukul 3.30 petang ditemani peguam yang mewakili keluarga Aminulrasyid, N. Surendran dan Lateefah Koya.

Surendran berkata, mereka disoal di tiga bilik oleh tiga pegawai polis.

Beliau berkata, dalam laporan polis yang dibuat sebelum ini, antara lain, mereka menuntut polis tidak menutup kes itu dan meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan badan bebas untuk menyiasat beberapa kenyataan yang dikeluarkan pihak polis.

Seorang koperal polis telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung kejadian itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan