Perokok Wanita Meningkat

Diterbitkan: Khamis, 27 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semakin ramai kalangan wanita di seluruh dunia menjadi perokok apabila syarikat-syarikat tembakau berterusan menjadikan kaum Hawa itu sebagai sasaran menerusi iklan-iklan mereka, kata Presiden Pertubuhan Malaysian Thoracic Society (MTS) Prof Roslina Manap.

Beliau berkata wanita di seluruh dunia menjadi ketagih kepada rokok kerana kebanyakan mereka mudah percaya dengan dakwaan iklan-iklan itu yang mendakwa kononnya amalan merokok boleh mengurangkan berat badan dengan mudah.

"Ada sesetengah iklan mendakwa dengan merokok wanita boleh mengurangkan berat badan dengan mudah, dan sesetengah kaum wanita pula tertarik dengan pembalut rokok itu sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Ujian Penilaian Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) (CAT) dan garis panduan amalan klinikal yang dirombak semula (CPG) bagi COPD yang dibangunkan oleh MTS dan GlaxoSmithKline di sini.

Katanya kaum wanita perlu dididik supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan ini, kerana perokok sebenarnya meletakkan nyawa mereka dalam risiko kerana mereka dengan mudah diserang COPD, yang boleh merosakkan paru-paru.

"Malah jika dibandingkan dengan kaum lelaki, wanita yang merokok berhadapan dengan risiko diserang COPD lebih awal," katanya dan menambah bahawa CAT dan CPG dibangunkan ekoran wujudnya kebimbangan terhadap peningkatan dalam jumlah pesakit COPD di Malaysia, dengan kebanyakkannya berpunca daripada tembakau.

Roslina berkata walaupun masih ramai yang kurang pengetahuan mengenai COPD, ia sebenarnya membunuh lebih ramai pesakit di seluruh dunia berbanding HIV dan AIDS.

"Menurut anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang terbaru, sehingga tahun 2007, kira-kira 210 juta orang diserang COPD dan tiga juta meninggal dunia akibatnya pada tahun 2005. COPD dijangka menjadi pembunuh keempat paling ramai pada tahun 2030," katanya.

Beliau berkata insiden COPD dijangka meningkat selaras dengan peningkatan dalam penggunaan tembakau.

"Di Malaysia dianggarkan 50 peratus deripada populasi lelaki merokok," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan