Perjanjian Terbaik Untuk Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 27 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ISU SELESAI... Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tanjung Pagar, Singapura bakal dipulihara sebagai monumen sejarah yang penting. Ia bakal menjadi tarikan utama dalam projek pembangunan di kawasan itu kelak. — Foto AFP
ISU SELESAI... Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tanjung Pagar, Singapura bakal dipulihara sebagai monumen sejarah yang penting. Ia bakal menjadi tarikan utama dalam projek pembangunan di kawasan itu kelak. — Foto AFP

IA adalah tanah seluas 217 hektar yang mengunjur dari utara ke selatan Singapura - saiznya bersamaan luas 300 padang bola sepak.

Berdasarkan penilaian yang dijalankan tahun lalu nilainya mencecah sehingga S$4 bilion (RM9.5 bilion).

Tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) selama ini menjadi isu duri dalam daging antara Malaysia dan Singapura selama kira-kira 20 tahun.

Terlalu banyak perdebatan dan perseteruan berkaitan tanah landasan kereta api yang dipajak Singapura itu.

Bagi Malaysia, sekeping tanah itu melambangkan kedaulatan sedangkan jiran seberang tambak itu mahu memajukannya.

Dalam pada pemimpin terdahulu gagal, dua legasi mereka yang muda sedia menyelesaikan isu berkenaan semata-mata enggan terus buntu dengan isu-isu klasik.

Ia satu kejayaan yang cemerlang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan persetujuan itu sebagai pahatan sejarah sementara rakan sejawatnya dari republik itu, Lee Hsien Loong membuat kesimpulan:

“Masa untuk bergembira.”

Tanah KTMB itu menjangkau dari Woodlands sehinggalah ke Tanjung Pagar dipajakkan di bawah ordinan kolonial 1918 selama 999 tahun.

Ia semata-mata untuk operasi landasan kereta api bagi mengangkut barangan dan penumpang ke Singapura dan sebaliknya.

Selama bertahun-tahun, kawasan sekitarnya giat dibangunkan dengan kawasan perindustrian dan pemulihan sisa pejal.

Dokumen Perkara-Perkara Yang Dipersetujui (POA) akhirnya ditandatangani pada 27 November 1990 berkaitan status tanah landasan kereta api itu bagaimanapun masalah timbul apabila setiap pihak memiliki tafsiran tersendiri.

Sekarang rakyat Malaysia mempersoalkan apa yang negara ini peroleh dengan menyerahkan tanah pajak itu?

Apa yang penting sangat dengan perpindahan Tanjung Pagar dipindahkan ke Woodlands pada 1 Julai tahun depan.

Sebagai permulaan di pihak Malaysia, ia adalah perjanjian yang menakjubkan.

Ia bukan sekadar sebidang tanah, tapi lebih daripada itu. Ia melibatkan pertumbuhan pesat ekonomi tempatan dan rangkaian antara Johor dan Singapura (lihat grafik). M-S Pte Ltd akan ditubuhkan akhir tahun ini dengan Khazanah Nasional memegang 60 peratus dan selebihya oleh cabang pelaburan republik itu, Temasek Holdings.

Kedua-dua syarikat itu akan bergandingan memajukan tanah KTMB itu di Tanjung Pagar, Kranji, Woodlands dan Bukit Timah.

Pada masa yang sama enam bidang tanah yang akan dimajukan itu mungkin akan ditukar ganti dengan empat bidang tanah di Marina South dekat Rochor-Ophir, iaitu kawasan pusat bandar kewangan negara dan daerah perniagaan.

Marina South baru-baru ini dikenali dengan pembukaan resort bersepadu, Marina Bay Sands. Bayangkan potensi besar pembangunan yang bakal dirancang di kawasan in.

Fikirkan, satu hari nanti kita akan dapat melihat sendiri bangunan ikonik sentuhan Malaysia di Marina South.

Banyak perkara baik bakal menjelma – sistem transit aliran ringan Tanjung Puteri di Johor Baru dan Singapura akan dibina pada tahun 2018.

Rangkaian tren itu akan dihubungkan dengan perkhidmatan awam lain di Johor Baru serta di republik itu.

Kira-kira 80,000 rakyat negara ini yang keluar masuk setiap hari ke seberang tambak untuk bekerja dan belajar.

Tempoh perjalanan mereka akan disingkatkan dan kesesakan jalan raya di Tambak Johor selain dalam bandar raya Johor Baru sendiri akan berkurangan.

Difahamkan Kempas akan dijadikan hub kereta api di Johor apabila ia dipindahkan sepenuhnya pada tahun 2018.

Singapura juga akhirnya bersetuju untuk menjadi rakan kongsi dalam projek mega Iskandar Malaysia, yang merupakan koridor ekonomi yang terletak bersebelahan ibu negara pulau itu.

Inilah isyarat kerajaan Singapura yang ditunggu-tunggu oleh sektor swasta. Syarikat-syarikat negara itu mahu melabur di Iskandar kerana potensi perniagannya seperti kejayaan zon ekonomi Shenzen, China.

Khazanah dan Temasek akan menubuhkan syarikat usaha sama 50-50 yang akan bertanggungjawab dalam membangunkan bandar ikonik di Iskandar.

Sebagai permulaan pelancaran bandar bestari dengan konsep “live work play” akan menawarkan perubatan alternatif dan tradisional serta moden.

Pilih sahaja jika anda mahu kaedah rawatan tradisional Melayu dan Cina atau jangan terkejut jika ayurveda turut ditawarkan.

Di mana anda boleh dapatkan kaedah rawatan tradisional dalam satu tempat? Yang merupakan satu tarikan baru di kalangan syarikat Singapura di Iskandar.

Itu bermakna pelbagai syarikat antarabangsa yang beroperasi di Singapura akan mula mengambil perhatian.

Semakin banyak pelaburan masuk maka bertambahlah peluang pekerjaan. Dijangkakan banyak lagi tarikan yang bakal berlaku selepas ini.

Perbincangan selama bukan mudah. Sebahagian akan mempertikaikan bahawa kita kehilangan hak ke atas tanah landasan kereta api itu tetapi laluan Singapura itu, KTMB rugi.

Pakar perundangan berpendapat 'tangan' Malaysia terikat. Malaysia berpendapat apabila POA berkuat kuasa maka kita tidak terikat lagi dengan perjanjian air.

Masa terlalu panjang iaitu 19 tahun dan enam bulan.

Apabila tiba masa Stesen Keretapi Tanjung Pagar berpindah ke Woodlands tahun depan, ia menjadikan tempoh masa selama 20 tahun dan enam bulan.

Di bawah Najib, hala tuju Malaysia nampaknya lebih jelas. Kita tidak boleh tunggu 20 tahun lagi untuk melihat keadaan bergerak ke hadapan.

Alasan perasaan sentimental dan beremosi tidak akan membawa kita ke mana-mana.

*Pengarang Luar Negara Mergawati Zulfakar merancang untuk mengambil perjalanan kereta api penuh sentimental ke Tanjung Pagar sebelum perkhidmatan KTMB dihentikan ke sana.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan