Penjawat Awam Miliki Rumah Kos Rendah Di Selangor Akan Dipanggil Beri Penjelasan

Diterbitkan: Khamis, 27 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penjawat awam di Selangor yang memiliki rumah kos rendah akan dipanggil untuk memberi penjelasan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata, jika mereka didapati tidak layak untuk memiliki unit itu dan terdapat unsur-unsur penyelewengan, tindakan sewajarnya akan diambil.

Penjawat awam yang tidak bertanggungjawab ini juga akan diminta untuk menyerahkan semula rumah berkenaan kepada kerajaan negeri untuk dijual kepada mereka yang benar-benar layak," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, Majlis Tindakan Ekonomi dalam mesyuaratnya hari ini juga memutuskan untuk memantau setiap penjawat awam yang memiliki rumah kos rendah sejak tahun 2004 hingga sekarang.

Katanya, kerajaan negeri menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor juga akan membuat pemantauan secara terperinci mengenai pemilikan rumah kos rendah agar penyelewengan seperti itu tidak berulang.

"Langkah ini diambil bagi memastikan pengagihan rumah kos rendah dibuat secara adil iaitu sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang ditekankan dalam pentadbiran," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan