Pengerusi Perhubungan Umno Perlu Bergerak Aktif

Diterbitkan: Khamis, 27 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perhubungan Umno negeri digesa supaya bergerak lebih aktif dalam melaksanakan program Juara Rakyat yang bertujuan mendekati rakyat bagi memahami masalah yang mereka hadapi.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: " Kita minta semua pengerusi-pengerusi perhubungan (Umno) untuk memberi tumpuan supaya jentera parti kita ini bukan saja bergerak cergas tetapi menepati kumpulan sasar, yakni rakyat teramai.

Sebagai kesinambungan perjuangan parti, program Juara Rakyat perlu dilaksanakan sepenuhnya berlandaskan garis panduan yang telah ditetapkan parti, kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua pengerusi perhubungan Umno perlu memberi tumpuan pada tujuan pelaksanaan program tersebut yang dimulakan sejak awal tahun mencapai matlamatnya.

Mengenai keanggotaan Umno, Najib berkata, jumlah terkini anggota parti itu yang sahkan melalui proses pemutihan yang dijalankan adalah seramai 3,159,484 orang.

Berikutan proses pemutihan itu, Umno telah mengeluarkan senarai nama kira-kira 380,000 anggotanya yang tidak dapat dikesan ataupun telah meninggal dunia, kata beliau.

"Jumlah ahli Umno yang dapat kita sahkan satu persatu setakat ini ialah seramai 3,159,484 orang. Ini penting kerana kita nak supaya senarai keahlian Umno ini tak boleh dipertikaikan dan melambangkan kekuatan yang sebenarnya," katanya .

Program pemutihan yang diketuai Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Afdal yang juga Pengerusi Biro Keahlian dan Penambahan Anggota Umno telah dimulakan sejak Disember tahun lepas bagi mengenal pasti status anggota Umno sama ada masih hidup, aktif atau berpindah parti.

Beliau juga berkata, mesyuarat MT hari ini selama tiga jam juga mengambil maklum mengenai apa yang telah dilalui semasa pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu, 16 Mei lepas dan telah membuat rumusan tentang apa yang perlu diperbaiki oleh parti.

Najib berkata Umno telah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pada pilihan raya itu.

"Walaupun ini (Sibu) adalah dalam konteks Barisan Nasional (BN) Sarawak tetapi Umno perlu mengambil tahu sebab kita bergantung kepada kekuatan rakan-rakan kita dalam BN (Barisan Nasional), khususnya di Sarawak," katanya.

Pada pilihan raya kecil itu, calon BN, Robert Lau Hui Yew dikalahkan oleh calon DAP Wong Ho Leng dengan 398 undi majoriti. Lau mendapat 18,447 undi dan Wong 18,845 undi. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan