Malaysia Akan Muflis Pada 2019 Jika Kerajaan Terus Beri Subsidi – Idris

Diterbitkan: Khamis, 27 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan berhadapan dengan risiko untuk muflis menjelang tahun 2019 sekiranya kerajaan tidak mengurangkan pemberian subsidi dan mengawal pinjaman sedia ada.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala subsidi yang ditampung oleh Kerajaan Persekutuan ketika ini adalah 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat 100 peratus sekiranya kerajaan tidak mengurangkan jumlah pemberian subsidi kepada rakyat di negara ini.

“Kita tidak mahu satu lagi negara muflis seperti Greece yang kini terpaksa bergantung kepada ahli Kesatuan Eropah kerana hutangnya terlalu banyak sehingga menyebabkan negara itu berhadapan dengan ketidak-tentuan pasaran di peringkat antarabangsa,” katanya pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvesnyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Oleh itu, Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) berkata kerajaan pusat perlu mengambil langkah yang tidak popular seperti menaikkan harga beberapa barangan keperluan seperti, petrol, gula, minyak masak, tepung, terpaksa diambil bagi mengatasi masalah bajet defisit yang ditanggung oleh kerajaan pada ketika ini. . Antara langkah pengurangan subsidi yang dicadangkan ialah:

- Mengurangkan subsidi gas: Walaupun langkah ini akan menyebabkan tarif elektrik meningkat. Namun pengguna tidak akan terjejas kerana ia hanya melibatkan penggunaan tenaga elektrik lebih daripada 200 kilowatt (kWh).

- Meningkatkan kadar tol di semua lebuh raya pada setiap perjanjian konsesi kecuali bagi lebuh raya yang tidak mempunyai jalan alternatif.

- Caj yang dikenakan bagi pesakit luar di hospital kerajaan akan dinaikkan daripada RM 1 kepada RM 3. Sementara bagi pesakit yang ditempatkan di wad sama kelas pertama, kedua atau ketiga akan dinaikkan daripada RM 3 hingga RM80 kepada RM 6 hingga RM160.

- Skim pinjaman buku teks dan tusyen subsidi akan dimansuhkan. Manakala, pelajar sekolah dikehendaki membayar yuran peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

- Semua pelajar asing yang menuntut di universiti tempatan perlu membayar yuran penuh pengajian mereka tanpa mendapat subsidi daripada pihak kerajaan.

- Penuntut di peringkat prasiswazah dan pasca-siswazah perlu membayar yuran pengajian yang lebih daripada RM 300 hingga RM800.

Bagaimanapun, Idris menegaskan bahawa semua cadangan pengurangan subsidi yang berkenaan masih belum dimuktamad dan belum diluluskan oleh Kabinet.

“Rakyat perlu tahu Malaysia merupakan antara negara paling banyak memberi subsidi kepada rakyatnya. Jumlah subsidi yang kerajaan berikan ini jauh lebih besar daripada subsidi yang dinikmati oleh rakyat di Filipina, India, China dan malahan Somalia,” katanya.

Sehubungan itu, Idris berkata kerajaan, dalam kerangka kerja merasionalisasikan subsidi terhadap barangan utama seperti petrol dan gas, barangan keperluan harian, pendidikan, perubsatan dan lain-lain bagi mencapai penjimatan yang lebih besar dalam KDNK negara.

Pemandu ditubuhkan bagi mendapatkan maklum balas mengenai bagaimana langkah-langkah yang boleh diambil mengurangkan bebanan subsidi yang ditanggung oleh negara disamping memberikan subsidi tersebut kepada kumpulan sasar secara terus.

Pada masa yang sama pasukan khas ini bertindak sebagai agen yang menerangkan kepada rakyat mengenai sebab kerajan perlu mengurangkan pemberian subsidi bagi mengurangkan hutang yang ditanggung oleh kerajaan pusat.

Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi itu berlangsung pada pukul 9 pagi hingga 2 petang tadi.

Program tersebut diadakan bagi mendapatkan cadangan dan maklum balas daripada orang ramai mengenai rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan