LHDN Menang Anugerah Inovasi Perdana Menteri, Bawa Pulang RM1 Juta

Diterbitkan: Khamis, 27 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), organisasi yang mentadbir cukai langsung negara menerima ganjaran berjumlah RM1 juta apabila memenangi Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2009, di sini malam semalam.

Anugerah yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah anugerah terunggul dan berprestij bagi mengiktiraf agensi sektor awam yang menghasilkan inovasi yang benar-benar signifikan dan berimpak tinggi.

Perubahan yang dilalui oleh LHDM meliputi semua aspek termasuk perubahan sistem pentadbiran dan pengurusan cukai, kecekapan dalam pengutipan cukai, mengamalkan budaya kerja positif, penambahbaikan proses kerja dan penggunaan teknologi dalam memacu mutu perkhidmatan.

Perdana Menteri dalam ucapannya berkata kerajaan memberi kepercayaan penuh kepada ketua agensi berkenaan untuk membelanjakan wang yang diterima hasil kemenangan itu.

"Hadiah ini tidak hanya pengiktirafan kepada ketua jabatan, tetapi daripada ketua jabatan sampailah pembantu rendah dalam organisasi tersebut layak menerima imbuhan itu. Jumlah ini buat kali pertama diserah kepada budi bicara ketua jabatan yang berkenaan untuk membelanjakan RM1 juta, ikut pada dia cara mana untuk membelanjakan duit ini asalkan belanja untuk tujuan yang baik.

"Terserah kepada organisasi tersebut sama ada nak buat latihan ataupun sekadar nak bagi imbuhan purata bagi setiap pegawai dan kakitangannya," katanya pada majlis yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Najib seterusnya mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa bersedia untuk melakukan pemikiran di luar kotak kebiasaan bagi melakukan perubahan seterusnya, yang akan memacu pembangunan negara dalam persekitaran dunia yang pantas berubah kini.

"Kita perlu kepada idea yang hebat dan bernas serta pemikiran yang sentiasa mencari metadologi dan pendekatan yang baru, kita perlu kepada sebuah perkhidmatan awam yang sentiasa berani membuat perubahan dan sanggup menyahut cabaran.

"Pendek kata mesti berani berada di kelok perubahan di saf hadapan, bukan berada di belakang mengikuti orang lain tetapi mesti berani membawa bendera untuk menjadi negara yang sanggup berubah dan berada di hadapan berbanding dengan negara lain," katanya.

Beliau berkata kerajaan sudah memulakan proses perubahan berkenaan dengan kewujudan Pasukan Petugas Khas Untuk Memudahkan Perniagaan (Pemudah) selain program-program transformasi kerajaan yang meliputi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

"Kita juga sedar bahawa persekitaran juga sudah berubah, persaingan merupakan sesuatu yang menjadi kebiasaan, ada negara-negara dahulu yang tidak menjadi pesaing, hari ini sudahpun melakukan perubahan dalam negara masing-masing dan kini berada di dalam perlumbaaan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.

"Oleh itu Malaysia tidak mempunyai pilihan melainkan kita dapat melakukan perubahan yang besar dalam kaedah dan cara mentadbir," katanya.

Najib juga menyeru supaya sektor awam membudayakan bidang inovasi dan tidak hanya terhad kepada inovasi tentang penyelidikan dan pembangunan (R&D) sesuatu produk sahaja.

"Inovasi juga mencakupi dalam bidang sosial dan pentadbiran kerajaan supaya hasilnya akan memberi kegembiraan dan kepuasan yang lebih tinggi kepada rakyat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan