Dua Gudang Musnah Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Khamis, 27 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Dua gudang menyimpan barangan makanan di kawasan perindustrian Padang Besar di Kampung Kolam dekat sini musnah dalam kebakaran awal hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis, Khairul Ariffin Che Ramli berkata, kejadian berlaku selepas pukul 12 tengah malam dan pihaknya menerima panggilan pukul 12.45 pagi daripada orang awam yang melihat kepulan asap dari arah gudang itu.

Tiga jentera iaitu dua dari balai Bomba dan Penyelamat Kangar dan sebuah dari Padang Besar dengan dibantu dua jentera bomba sukarela Padang Besar dan Kaki Bukit, mengambil masa 20 minit untuk mengawal kebakaran.

Dua gudang separuh konkrit itu antara lain menyimpan makanan seperti bawang, makanan dalam tin dan minyak masak.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat, katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, pemilik kedua gudang itu, Yap Boon Chai , 40, berkata, kebakaran itu memusnahkan empat mesin pembungkusan barang dan pelbagai jenis barangan makanan yang disimpan di situ dan kerugian dianggar RM17 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan