T.Mohan Patut Bincang Dulu Dengan Kepimpinan MIC - KP MIC Tebrau

Diterbitkan: Rabu, 26 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Ketua Pemuda MIC Pusat, T. Mohan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang meminta parti itu mengkaji semula keanggotaannya dalam Barisan Nasional(BN) sebelum berbincang dengan kepimpinan utama parti terlebih dahulu.

Ketua Pemuda MIC Bahagian Tebrau, S. Deva berkata, apa yang telah dilakukan oleh Mohan hanya akan menjejaskan lagi hubungan antara parti-parti komponen BN.

"Saya berpendapat, pandangan peribadi beliau tidak seharusnya disampaikan sebagai pandangan parti kerana ada di kalangan ahli parti yang tidak berkongsi pandangan yang sama," katanya sambil menegaskan yang Mohan patut menarik balik kenyataannya itu.

Deva berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Mohan semalam yang meminta MIC mengkaji semula kedudukan mereka dalam BN ekoran pendedahan yang dibuat oleh Vell Paari yang mengatakan Umno bertanggungjawab memecah belahkan MIC dengan menyokong kumpulan anti presiden parti itu.

Mohan juga mendakwa, perhimpunan yang akan diadakan di PWTC Ahad ini anjuran Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) telah dibuat atas nama Umno.

"MIC mempunyai sejarah yang panjang sebagai rakan kongsi BN dan adalah sesuatu yang sangat menyedihkan jika MIC didesak supaya meninggalkan BN.

"Jika Mohan tidak gembira ke atas sesuatu perkara atau isu, apa yang patut beliau lakukan ialah memanggil satu mesyuarat dengan para pemimpin parti untuk membincangkan perkara itu bukan dengan membuat desakan supaya MIC mengkaji semula kedudukannya dalam BN," tambah beliau.

Deva juga berkata, seorang pemimpin harus berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan kerana ia boleh disalahertikan sebagai satu kenyataan yang anti-kerajaan sedangkan parti itu adalah sebahagian daripada kerajaan yang memerintah sekarang.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan