Orang Asli Terima Pampasan RM6.5 Juta Daripada Kerajaan

Diterbitkan: Rabu, 26 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Selepas 15 tahun, tujuh orang daripada suku Temuan memperoleh pampasan RM6.5 juta daripada kerajaan persekutuan untuk tanah adat yang diambil bagi membina sebuah lebuh raya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Dalam kes bersejarah ini, Mahkamah Persekutuan hari ini mencatatkan satu penyelesaian antara mereka dan kerajaan persekutuan yang mengiktiraf hak Orang Asli terhadap tanah adatnya di Bukit Tampoi, Dengkil.

Sebanyak 38 ekar tanah adat itu telah diambil oleh kerajaan pusat bagi membina sebuah lebuh raya ke KLIA. Mahkamah itu membenarkan penyelesaian tersebut dicatatkan hari ini setelah kerajaan pusat dan kerajaan Selangor bersetuju membayar papasan tersebut kepada Sagong Tasi.

Sagong, 78, dan enam yang lain daripada suku Temuan memfailkan saman terhadap kerajaan persekutuan, kerajaan Selangor dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan kontraktor United Engineers Malaysia Bhd (UEM) ke mahkamah mengenai perkara itu.

Pada 12 April tahun lepas, kerajaan Selangor menarik diri daripada mencabar kes Sagong. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan