Ketua Polis Selangor Minta Keluarga Aminulrasyid Bersabar

Diterbitkan: Rabu, 26 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar meminta keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati terkena tembakan polis bulan lepas, supaya bersabar menunggu kes itu dibicarakan di mahkamah tidak lama lagi.

"Saya sebenarnya tidak mahu mengulas berhubung kes ini, ia sudahpun jadi kes mahkamah, jadi ia tidak sepatutnya diperkatakan.

"Pihak keluarga sepatutnya sabar dan tunggu sehingga kes ini dibicarakan kerana segala hal yang berkaitan akan dibangkitkan dalam mahkamah dan ketika itu pihak peguam keluarga boleh soal," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Pencegahan Jenayah Industri di sini hari ini.

Khalid berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai tindakan keluarga Allahyarham membuat laporan polis di Bukit Aman hari ini berhubung dakwaan pihak polis enggan meminta maaf kerana menggelar Aminulrasyid penjenayah dan kononnya sebilah parang ditemui dalam kereta yang dipandunya.

Aminulrasyid, 15, meninggal dunia selepas terkena tembakan polis di Seksyen 11 di sini setelah enggan berhenti ketika dikejar polis pada 2 pagi 26 April lepas.

Seorang anggota polis, Koperal Jenain Subi, 48, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Mei dan mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menyebabkan kematian remaja itu.

Mengulas mengenai kadar jenayah di Selangor, Khalid berkata sejak awal tahun sehingga hari ini, sebanyak 19,000 kes dicatatkan berbanding 21,000 kes bagi tempoh sama pada tahun lepas, yang menunjukkan penurunan lebih 10 peratus.

"Ia perkembangan yang baik," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan