Formula Pembangunan Tanah KTMB Untungkan Kedua-dua Negara, Kata Tee Keat

Diterbitkan: Rabu, 26 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata 'formula' yang dicapai oleh Malaysia-Singapura bagi membangunkan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di republik itu akan menguntungkan kedua-dua negara.

"Yang pentingnya, satu kemelut sekian lama telah dapat diselesaikan, yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara," katanya kepada Bernama selepas ditemuramah dalam rancangan 'Kerusi Panas' Radio 24 Bernama di sini semalam.

Kelmarin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong bersetuju untuk membangunkan tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, dan memindahkan stesen keretapi itu ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Tanah milik KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar akan diserahkan kepada syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini.

Sebanyak 60 peratus kepentingan dalam Syarikat M-S Pte Ltd akan dipegang oleh Khazanah Nasional Berhad, sementara bakinya oleh Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura.

Ong berkata bangunan Stesen KTMB di Tanjung Pagar bagaimanapun akan dipulihara kerana ia mempunyai nilai sejarah dan akan menjadi daya tarikan kepada projek pembangunan yang dicadangkan di tapak itu, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan