Empat Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang

Diterbitkan: Rabu, 26 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Empat keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas dua buah rumah dan dua buah kedai sederet yang mereka diami di pekan Pantai Belimbing di sini, musnah dalam satu kebakaran hari ini.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Mohd Khairi Daud berkata, kedai itu ialah kedai gunting rambut dan kedai runcit manakala sebuah kedai makan yang tidak dijadikan tempat kediaman turut musnah.

"Pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pukul 7.41 pagi, sebelum dua buah jentera dengan 25 anggota bomba dan sebuah lori tangki dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh bergegas ke tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini.

Mohd Khairi berkata, api merebak dengan cepat kerana struktur binaan diperbuat daripada kayu dan siasatan mendapati kebakaran berpunca dari salah sebuah kedai tersebut.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala jumlah kerugiaan dianggarkan RM352,000.

Seorang mangsa, Sua See Moy, 60, berkata, beliau hanya sempat menyelamatkan seorang cucu lelaki berusia tiga tahun yang sedang tidur di tingkat atas rumahnya.

Wanita itu berkata, api yang marak terlalu cepat menyebabkan beliau tidak sempat untuk menyelamatkan barangan lain. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan