Umno Tiada Kaitan Dengan Kemelut MIC - Ab. Raof

Diterbitkan: Selasa, 25 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Umno memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu supaya tidak mengheret parti itu dalam kemelut MIC yang semakin meruncing ketika ini.

Setiausaha Kerjanya, Datuk Ab. Raof Yusoh menegaskan, sebagai parti terbesar dalam Barisan Nasional (BN), Umno sentiasa mengamalkan dasar hormat-menghormati tanpa mencampuri hal dalaman mana-mana parti komponen lain.

"Kita menghormati MIC seperti mana kita hormati parti komponen lain dalam BN.

"Umno tak buat perkara-perkara begitu, ia bukan untuk menguatkan, malah akan melemahkan lagi BN. Jangan nak heret Umno, kenapa pula nak salahkan Umno dalam perkara ini? Kita tak terlibat," tegasnya lagi kepada mStar Online di sini hari ini.

Ab. Rauf mengulas tuduhan anak Samy Vellu, S. Vell Paari melalui laman web Free Malaysia Today bahawa Umno menggunakan taktik 'pembunuhan politik' (political assassin) untuk memecahbelahkan MIC.

Malah Vell Paari yang juga anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC mendakwa kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) yang akan dilancarkan pada Ahad ini mendapat restu daripada pemimpin tertinggi Umno.

Mengulas mengenai dakwaan itu Ab. Rauf berkata pihaknya tidak mengetahui mengenai perkara berkenaan.

Katanya, Umno tidak mengamalkan pembunuhan politik (political assassin) terutama sekali terhadap rakannya dalam komponen Barisan Nasional (BN).

Beliau turut menyelar tindakan pihak-pihak tertentu yang cuba mengheret Umno ke dalam konflik dalaman MIC yang mula tercetus sejak kebelakangan ini.

"Umno tak pernah terlibat tentang kewujudan GAS," katanya.

Ditanya sama ada kemungkinan Umno dikaitkan dalam isu berkenaan kerana parti itu dilihat mempunyai hubungan rapat dengan Koordinator GAS, V. Mugilan yang dipecat dari MIC minggu lalu, Ab. Rauf menafikan mengenai perkara berkenaan.

"Mugilan tak rapat dengan Umno tapi dia bekerjasama sewaktu pilihan raya kecil (Parlimen Hulu Selangor) dan dia nampak ikhlas," katanya.

Dalam pada itu beliau memberitahu, MIC perlu berusaha untuk mengukuhkan parti mereka dan meneruskan kerjasama dalam BN demi konsep 1Malaysia.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan