Subsidi Perlu Dikurangkan Perlahan-Lahan, Kata Dr Mahathir

Diterbitkan: Selasa, 25 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Subsidi perlu dikurangkan secara beransur-ansur dalam usaha kerajaan menambah baik kewangannya, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

"Saya rasa lebih baik mengurangkan subsidi langkah demi langkah," katanya apabila ditanya tentang langkah kerajaan untuk akhirnya menghapuskan subsidi yang semakin menjadi beban kepada kewangan kerajaan.

Sebelum itu, Dr Mahathir merasmikan pusat 4S (jualan, perkhidmatan, sistem dan alat ganti) baharu Aiman Motor Sdn Bhd yang terletak di Petaling Jaya.

Menurut Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (PEMANDU), keseluruhan subsidi Malaysia bagi 2009 berjumlah RM74 bilion yang bersamaan dengan RM12,900 bagi setiap isi rumah.

Mengulas tentang Permit Import (AP), Dr Mahathir berkata mereka yang menjual AP sebenarnya adalah pengkhianat Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Beliau berkata jika mereka menjalankan perniagaan dengan betul, mereka boleh berjaya dan meraih untung yang lebih besar daripada menjual AP.

Dr Mahathir juga menegaskan bahawa Aiman Motor adalah satu contoh usahawan Melayu yang berjaya dalam perniagaan automotif.

"Ini adalah satu daripada kisah kejayaan hasil daripada dasar kerajaan yang mahu melihat lebih ramai rakyat, terutamanya orang Melayu, menceburi perniagaan automotif," katanya.

Aiman Motor ialah peruncit terkemuka kenderaan Suzuki di Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan