Samy Vellu Guna Anak Serang Umno - Mugilan

Diterbitkan: Selasa, 25 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy vellu didakwa terdesak menggunakan anaknya, S. Vell Paari untuk 'menyerang' Umno bagi menutup kelemahan yang berlaku dalam MIC.

Selain itu, bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan berkata, Samy Vellu sengaja mengheret Umno dalam konflik dalaman MIC bagi mengalihkan perhatian orang ramai khususnya masyarakat India.

"Samy Vellu sudah terdesak hingga menggunakan anak sendiri untuk mengeluarkan kenyataan berunsur tohmahan terhadap Umno.

"Beliau cuba lari daripada isu pokok iaitu masalah kepimpinannya dalam MIC, tapi sekarang cuba nak libatkan Umno dengan katakan parti itu cuba memecahbelahkan MIC, perkara ini tak sepatutnya berlaku dan tak benar sama sekali," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Mugilan berkata demikian sebagai mengulas mengenai tuduhan Vell Paari melalui laman web Free Malaysia Today bahawa Umno menggunakan taktik 'pembunuhan politik' (political assassin) untuk memecahbelahkan MIC.

Malah Vell Paari juga mendakwa kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) yang akan dilancarkan pada Ahad ini mendapat restu daripada pemimpin tertinggi Umno.

Mengulas lanjut Mugilan berkata, anak lelaki Samy Vellu itu yang masih setahun jagung dalam politik dipergunakan oleh bapanya demi kepentingan politik mereka.

"Anak Samy Vellu ini tak cukup pengalaman dalam politik, dia sendiri pun tak boleh fikir kesan daripada kenyataan dia itu.

"Kenyataan tuduh-menuduh itu sangat berbahaya, ia merupakan satu perkara yang cukup sensitif tambahan pula ia melibatkan parti komponen lain dalam BN (Barisan Nasional)," katanya.

Bagaimanapun Mugilan yang juga koordinator GAS yakin kenyataan Vell Paari itu sengaja dibuat bagi menghalang hasrat masyarakat khususnya kaum India untuk menyertai perhimpunan GAS.

"Saya tahu apa tujuannya, mereka nak cetuskan rasa marah di kalangan masyarakat terutamanya kaum India kepada Umno, bila orang marah maka sudah pasti mereka tak akan hadir ke perhimpunan itu nanti.

"Tapi saya yakin orang India sekarang sudah bijak dan tak akan diperbodohkan lagi, mereka tak akan terpengaruh dengan isu-isu yang sengaja dicetuskan Samy Vellu," katanya.

Sabtu lalu, Mugilan mengumumkan penubuhan GAS yang akan dilancarkan pada Ahad ini selepas dipecat daripada parti berikutan desakannya supaya Samy Vellu segera berundur.

Pelancaran GAS dijangka dihadiri kira-kira 7,000 orang yang mempunyai hasrat sama mendesak Presiden MIC itu segera meletak jawatan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan