Presiden Palestin Mahmoud Abbas Lawat Malaysia Esok

Diterbitkan: Selasa, 25 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Palestin akan meningkatkan keakraban hubungan dua hala yang sedia terjalin dengan lawatan kerja Presiden Mahmoud Abbas ke negara ini mulai esok.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan hari ini berkata Abbas akan diiringi oleh beberapa menteri dan pegawai kanan kerajaan dalam lawatan tiga hari itu.

Pemimpin Palestin itu dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini.

Lawatan Abbas adalah kali kedua selepas tahun 2007.

"lawatan itu juga menyediakan peluang untuk pemimpin kedua-dua negara membincangkan isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa bagi kepentingan bersama khususnya mengenai perkembangan terbaru di Palestin," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan