Perkeso Bayar Pampasan RM1.35 Bilion Tahun Lepas

Diterbitkan: Selasa, 25 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membayar pampasan bernilai RM1.354 bilion bagi 69,081 kes kemalangan di tempat kerja yang dilaporkan kepadanya sepanjang tahun lepas.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, industri perkilangan melaporkan paling tinggi kes kemalangan berlaku di tempat kerja iaitu 20,939 kes, diikuti industri perkhidmatan awam dan keselamatan sosial wajib (12,224 kes), perdagangan (11,228 kes) dan sektor pembinaan 4,108 kes.

"Daripada jumlah itu, kes pekerja hilang upaya sementara adalah paling banyak dilaporkan iaitu sebanyak 55,955 kes, hilang upaya kekal sebanyak 13,895 kes, manakala kemalangan maut di tempat kerja adalah 1,231 kes," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Keselamatan Tahunan Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) di sini hari ini.

Maznah berkata, berdasarkan peningkatan statistik berkenaan, pihak pengurusan dalam setiap industi pekerjaan perlu lebih agresif dalam mengambil dan melatih tenaga kerja mahir bagi mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja.

Katanya, walaupun industri binaan sahaja yang diwajibkan mempunyai pekerja sepenuh masa bagi memantau aspek keselamatan dan kesihatan bagi projek bernilai RM20 juta dan ke atas, adalah wajar untuk industri lain mengikut langkah yang sama agar risiko kemalangan pada pekerja dapat dikurangkan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan