Penyokong PAS Bukan Islam Mahu Segera Layak Mengundi Dalam Parti

Diterbitkan: Selasa, 25 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Penyokong Pas daripada kalangan bukan Islam berharap kenyataan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membenarkan mereka mengundi dalam pemilihan parti itu akan direalisasikan secepat mungkin.

"Sudah lama kami menunggu berita baik seperti ini dan berharap perkara begini perlu dipercepatkan," kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Hu Pang Chaw.

Beliau berkata perkara itu perlu diberi perhatian utama pada muktamar tahunan Pas di sini bulan depan.

"Ini adalah keterbukaan dalam Pas dan sebab itu perkara penting ini diperbincangkan lebih mendalam pada muktamar akan datang bagi membuat pindaan pada perlembagaan parti," katanya kepada BERNAMA di sini hari ini.

Abdul Hadi baru-baru ini berkata Pas akan membincangkan kemungkinan untuk membenarkan penyokongnya yang bukan Islam mengundi dalam pemilihan parti itu pada masa depan.

Untuk merealisasikan hasrat itu, katanya, banyak pindaan perlu dibuat pada perlembagaan parti.

Mengulas perkara itu, Hu berharap penyokong Pas bukan Islam juga akan dapat menjadi calon parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

"Kami mempunyai calon-calon yang berwibawa bagi mewakili Pas jika perkara ini menjadi kenyataan," katanya.

DHPP berkata ia mempunyai 20,000 anggota di seluruh negara.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan