Langkah Berani Najib, Hsien Loong Untuk Kukuhkan Hubungan Dua Hala

Diterbitkan: Selasa, 25 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Baik dalam peperangan mahupun kehidupan, adakala penting untuk sesuatu usaha itu gagal, agar boleh diambil pilihan terbaik yang terbuka, dan adalah satu kesilapan jika ianya tidak diusahakan dengan sedaya upaya," demikian kata negarawan dan pemidato British mendiang Sir Winston Churchill, apabila bercakap mengenai cara-cara mengatasi halangan.

Barangkali ini adalah semangat yang menjadi panduan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatan dari Singapura Lee Hsien Loong, ketika bertemu baru-baru ini untuk menyelesaikan isu yang berlarutan berkenaan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura.

Sesetengah daripada masalah yang wujud di antara Malaysia dan Singapura pernah pada satu ketika disifatkan sebagai isu 'simpul mati' oleh Perdana Menteri Singapura ketika itu dan kini Menteri Kanan Goh Chok Tong.

Malah Chok Tong mencadangkan kira-kira enam tahun lepas agar kedua-dua pihak merungkai semula pakej sebagai usaha mencari penyelesaian kepada perkara-perkara yang tidak dipersetujui kedua-dua negara.

Barangkali itulah yang dilakukan oleh Najib dan Hsien Loong, menangani isusedikit demi sedikit. Penyelesaian itu tidak mudah memandangkan tanah berkenaan terikat dengan Ordinan Kolonial 1918 berhubung penggunaan tanah seluas 217 hektar yang menganjur sejauh 20 hingga 30 kilometer ke kawasan Singapura oleh KTMB bagi tempoh 999 tahun.

Bagi Singapura yang kekurangan tanah, 217 hektar adalah kawasan yang luas, apatah lagi kawasan itu pula bernilai tinggi.

Cadangan terkini untuk bersama-sama membangunkan enam bidang tanah di Tanjung Pagar, Woodlands, Kranji dan Bukti Timah membayangkan situasi menang-menang terhadap kebuntuan itu kerana ia membabitkan hartanah di negara asing.

Mempunyai satu penyelesaian adalah lebih baik daripada tiada langsung, terutamanya dalam perhubungan simbiotik di antara kedua-dua negara.

Barangkali kedua-dua pemimpin mengambil kira pandangan pemenang Hadiah Nobel Keamanan dari Ireland, John Hume yang menyatakan bahawa "apabila masyarakat berpecah, penyelesaiannya hanya satu iaitu persetujuan".

Banyak perkara-perkara asas termasuk penilaian tanah harus diselesaikan sebelum kerja-kerja seterusnya boleh dilakukan. Ini hanya boleh dilakukan apabila Najib dan Hsien Loong bertemu lagi dalam masa sebulan untuk memuktamadkan butiran lanjut.

Ini juga termasuk penempatan semula perhentian penghabisan KTMB di Tanjong Pagar ke Woodlands menjelang 1 Julai 2011, pembangunan enam bidang tanah oleh M-S Pte Land, syarikat usahasama dengan Khazanah Nasional Berhad yang memegang 60 peratus dan bakinya dipegang oleh Syarikat Temasek Holdings dari Singapura, sistem transit deras antara Tanjung Puteri di Johor Baharu dan Singapura menjelang 2018, dan pemilikan bersama bandar sejahtera meliputi kawasan seluas 202.3 hektar di Iskandar Malaysia di Johor.

Penyelesaian isu tanah KTMB memberi harapan kepada banyak perkara pada tahun-tahun akan datang dengan berlatar belakangkan hubungan dua hala yang semakin baik antara Malaysia dan Singpura.

Keadaan ini bukan saja memberi manfaat kepada syarikat pembinaan dan berkaitan hartanah di Singapura, tetapi juga di Malaysia menerusi penglibatan Khazanah Nasional, iaitu syarikat pelaburan kerajaan Malaysia yang berperanan sebagai pelabur strategik dalam industri dan pasaran baru. Yang lebih penting ialah Najib dan Hsien Loong telah memecahkan kebuntuan yang membelenggu Malaysia dan Singapura sejak lebih 20 tahun.

Adalah penting untuk mengingati kata-kata Najib apabila beliau bertemu Hsien Loong buat pertama kali pada Mei tahun lepas: "Kita patut benar-benar berani dan benar-benar imaginatif untuk mewakili generasi baru Malaysia dan Singapura yang mahu perhubungan kita ini menjadi kuat, produktif dan bertahan lama."

Najib juga berkata: "Perkara yang paling penting ialah berada dalam mod positif, fikir apa yang kita boleh perolehi daripada perhubungan dua hala ini dan bukan berbalik kepada pemikiran lama yang mana kita mula saling bertukar kenyataan retorik tajam di antara kedua-dua negara kita." - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan