Kesihatan ADUN Kerdau Bertambah Baik

Diterbitkan: Selasa, 25 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim semakin baik, kata anaknya. "Tindak balas bertambah baik. Keadaannya sangat positif" kata Ikhwan kepada Bernama melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.

Ikhwan berkata, bapanya yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak 9 Mei lepas menunjukkan tindak balas positif dari hari ke sehari.

Sabtu lepas, Zaharuddin, 63, dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU) berikutan keadaannya kembali kritikal selepas tidak sedarkan diri ketika dikejutkan jururawat kira-kira pukul 6 pagi.

Zaharuddin dipindahkan ke IJN pada 9 Mei lepas setelah berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Beliau dimasukkan ke Hoshas pada 3 April lepas setelah mengadu sakit di bahagian perut. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan