Jangan Kaitkan Umno Dalam Masalah MIC, Kata Abdullah

Diterbitkan: Selasa, 25 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata MIC tidak wajar mengaitkan Umno dalam masalah yang dihadapinya kerana Umno tidak pernah mencampuri masalah dalaman parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

Bekas Presiden Umno itu berkata sebaliknya MIC harus menyelesaikan segera masalah mereka sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

"MIC adalah komponen dalam BN. Tidak ada sebab Umno hendak campur tangan dalam masalah MIC.

"Kalau pun mereka (MIC) mempunyai masalah, itu adalah masalah dalaman mereka (MIC), dan sepatutnya mereka segera tangani dan selesaikan sebelum ianya menjadi lebih teruk," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk 'Integriti: Satu Perkongsian Pengalaman' di Institut Integriti Malaysia di sini hari ini.

Abdullah berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan anggota Jawatankuasa Pusat MIC Vell Paari yang juga anak Presiden parti Datuk Seri S Samy Vellu, bahawa Umno menjadi punca masalah dalaman MIC.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai persetujuan Malaysia memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad di Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Keretapi di Woodlands pada 1 Julai 2011, Abdullah berkata beliau berharap persetujuan itu akan membawa kebaikan kepada Malaysia-Singapura.

"Tahniah kepada (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dapat mencapai persetujuan yang saya harap ianya adalah sesuatu yang akan membawa kebaikan. Perkara ini sudah lama, sejak zaman saya, zaman (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya harap hubungan Singapura-Malaysia akan kekal baik dan sebaiknya kedua-dua negara menikmati manfaat yang sama," katanya.

Walaupun belum melihat secara terperinci perjanjian tersebut, Abdullah berkata beliau yakin Najib akan melakukan yang terbaik untuk Malaysia dan memastikan keadilan bagi kedua-dua negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan