Formula Pembangunan Tanah KTMB Untungkan Kedua-dua Negara, Kata Tee Keat

Diterbitkan: Selasa, 25 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata 'formula' yang dicapai oleh Malaysia-Singapura bagi membangunkan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di republik itu akan menguntungkan kedua-dua negara.

"Yang pentingnya, satu kemelut sekian lama telah dapat diselesaikan, yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara," katanya kepada Bernama selepas ditemuramah dalam rancangan 'Kerusi Panas' Radio 24 Bernama di sini hari ini.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong bersetuju untuk membangunkan tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, dan memindahkan stesen keretapi itu ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Tanah milik KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar akan diserahkan kepada syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini.

Sebanyak 60 peratus kepentingan dalam Syarikat M-S Pte Ltd akan dipegang oleh Khazanah Nasional Berhad, sementara bakinya oleh Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura.

Ong berkata bangunan Stesen KTMB di Tanjung Pagar bagaimanapun akan dipulihara kerana ia mempunyai nilai sejarah dan akan menjadi daya tarikan kepada projek pembangunan yang dicadangkan di tapak itu, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan