Dua Beradik Dakwa Kerja 15 Tahun Tanpa Gaji

Diterbitkan: Selasa, 25 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Dua beradik dari Serian dekat sini, yang mendakwa bekerja tanpa gaji selama 15 tahun di sebuah kilang kuih pau di Puchong, Selangor, telah berhenti kerja dan kembali ke Sarawak.

Sejak Radin anak Bangan, 31, dan adiknya Simon, 30, meninggalkan keluarga ketika masing-masing berusia 16 dan 15 tahun, mereka tidak berpeluang untuk berhubung dengan keluarga di Kampung Antayan.

"Kami bekerja di sebuah kilang membuat pau di sebuah kawasan terpencil dekat Puchong dan tidak pernah mendapat gaji, walaupun makan dan tempat tinggal kami ditanggung oleh majikan," kata Radin kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, terdapat dua lagi pekerja dari Sarawak dan tiga dari Perak di kilang itu.

Pada 1995, Radin dan Simon dibawa ke Semenanjung oleh sebuah syarikat ejen pekerja tempatan dengan tawaran gaji RM2,000 sebulan. Radin berkata, oleh kerana tidak lagi tahan bekerja tanpa gaji, dia dan adiknya bertekad untuk balik kampung pada Februari lalu, dan semua kos ditanggung oleh majikannya.

Bapanya, Bangan anak Jelian, 60, pula berkata, walaupun majikan menanggung tiket penerbangan balik ke Sarawak untuk kedua-dua anaknya, namun itu masih tidak memadai dengan kerja yang dibuat oleh Radin dan Simon.

Walaupun kecewa dengan apa yang berlaku, Bangan berkata, beliau bersyukur kerana dapat berjumpa semula dengan anak-anaknya setelah 15 tahun berpisah.

"Kepulangan mereka merupakan rahmat kepada seluruh keluarga saya sempena sambutan Hari Gawai minggu depan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan