BN Akan Teruskan Program Juara Rakyat, Kata Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 25 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAGOH: Barisan Nasional (BN) akan meneruskan program 'Juara Rakyat' sebagai usaha membela masyarakat berbagai kaum di negara ini sehingga kehidupan mereka mencapai tahap lebih baik, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sekalipun hidup rakyat hari ini sudah lebih baik berbanding 30 tahun lalu dan rata-rata pendapatan mereka melepasi paras kemiskinan, tetapi kerajaan masih belum berpuas hati di atas kejayaan itu.

"Sebaliknya, kita akan terus menjadi juara dalam membela nasib rakyat sama ada orang Melayu, Cina, India, Orang Asli di negara ini sehingga mereka benar-benar maju," katanya ketika melancarkan program Juara Rakyat kawasan Parlimen Pagoh di padang awam Kampung Raja, Bukit Kepong di sini petang ini.

Program anjuran bersama Astro itu dihadiri oleh kira-kira 3,000 orang penduduk di kawasan sekitar Bukit Kepong. Hadir sama Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Serampang, Mohamad Tahir Taat dan Adun Jorak, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN mengajak rakyat supaya tidak membiarkan beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan usaha tersebut sebaliknya mereka harus berganding bahu menjayakan usaha itu.

"Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing, barulah usaha membela kita akan berjaya," katanya sambil menambah bahawa masih ada rakyat yang susah dan memerlukan pembelaan.

Muhyiddin berkata, rakyat tidak harus berpuas hati dengan kejayaan yang mereka capai sekarang sebaliknya terus bekerja keras memajukan diri kerana tanggung jawab mereka untuk membantu keluarga semakin meningkat.

Pada majlis itu, beliau mengumumkan peruntukan sejumlah RM5 juta bagi mengatasi masalah bekalan air bersih kepada penduduk di kawasan Felcra Belia Bukit Kepong. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan