Ahli Pemuda MIC Dilarang Sertai Himpunan GAS

Diterbitkan: Selasa, 25 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Ketua Pemuda MIC T. Mohan memberi amaran kepada semua anggota sayap itu supaya jangan menghadiri perhimpunan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) di Kuala Lumpur atau mana-mana tempat lain pada Ahad ini.

Katanya ahli Pemuda yang didapati terbabit dalam perhimpunan itu akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti itu sebelum sebarang tindakan diambil.

Mohan berkata beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa terdapat rancangan untuk melancarkan GAS pada satu perhimpunan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Ahad ini.

GAS diasaskan oleh bekas timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan yang mendesak Samy Vellu berundur segera sebagai presiden sebelum tarikh peralihan kuasa pada September tahun depan.

Mohan hadir di Rumah Kebajikan Rita di sini bagi meraikan persandingan pasangan pengantin T.M. Krishnan dan M.R. Kalaiarasi.

Kalaiarasi, 21, merupakan penghuni rumah kebajikan itu sejak beliau berusia sembilan tahun. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan