SINGKAP: Pelabur Skim Haram Rugi RM31.94 Juta

Diterbitkan: Isnin, 24 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muhammad Sha'ani Abdullah. Foto THE STAR Oleh IQMAL HAQIM ROSMAN
Muhammad Sha'ani Abdullah. Foto THE STAR Oleh IQMAL HAQIM ROSMAN

PETALING JAYA: Sebanyak 2,026 aduan orang ramai diterima Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) berhubung penipuan pelaburan melibatkan kerugian sejumlah RM31.94 juta.

Jumlah aduan berkenaan diterima sejak tahun 2006 sehingga April lalu dengan tahun lalu sahaja mencatatkan kerugian tertinggi iaitu RM16 juta.

Ketua Eksekutif NCCC, Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, orang ramai yang membuat aduan selepas didapati diri mereka tertipu dengan pelaburan yang ditawarkan.

“Ia mungkin disebabkan oleh tidak mendapat pulangan lumayan seperti yang dijanjikan atau tidak dapat bayaran balik wang pelaburan kerana menarik diri.

“Bagaimanapun, tindakan membuat aduan itu turut bergantung kepada terma, tempoh dan jenis pelaburan yang disertai,” katanya dalam pertemuan dengan akhbar mingguan bahasa Malaysia The Star, Mingguan mStar.

Mingguan mStar diterbitkan bersama akhbar The Sunday Star semalam.

Pelaburan haram atau skim cepat kaya sudah lama wujud di Malaysia bermula daripada kegiatan berbentuk jualan langsung dan pemasaran pelbagai peringkat (MLM).

Kini ia beralih kepada pelaburan yang lebih berisiko dan membabitkan nilai modal lebih besar seperti skim kepentingan dan skim smart kutu.

Pada awalnya, kebanyakan pengadu tidak menyedari mereka tertipu kerana penganjur menggunakan taktik bijak bagi memperdaya bakal pelabur.

Sha’ani berkata, penganjur meyakinkan orang ramai menggunakan nama orang kenamaan termasuk menteri.

Katanya, ini termasuk mempergunakan penglibatan agensi kerajaan atau pihak tertentu dalam urusan berkaitan kursus atau seminar berhubung pelaburan yang ditawarkan.

“Mereka juga menggunakan lokasi premis yang strategik dan pejabat yang mewah bagi menunjukkan pelaburan yang dianjurkan itu memberi keuntungan kepada syarikat.

“Cara persembahan penganjur yang meyakinkan menerusi tawaran pulangan lumayan dan insentif lain telah membuatkan pengadu terpengaruh untuk melabur,” katanya.

Sha’ani berkata, orang ramai membuat keputusan untuk melabur disebabkan bukan disebabkan masalah kewangan, tetapi untuk mendapatkan pendapatan tambahan.

Justeru, seiring peredaran masa dan permintaan pasaran, sindiket pelaburan haram membuat ‘tawaran’ secara meluas menerusi Internet.

Malah beliau turut memberitahu kaedah pelaburan juga berubah kepada kad kredit jika dibandingkan dahulu pelaburan akan dibayar secara wang tunai.

“Cara itu bukan sahaja membolehkan penganjur mempengaruhi mangsa memperuntukkan sejumlah ‘wang’ lebih mudah, malah ia membabitkan nilai pelaburan lebih besar.

“Bagaimanapun, kesannya memberi padah kepada pelabur yang tertipu kerana mereka bukan sahaja tidak mendapat modal pelaburan itu semula, tetapi terpaksa membayar kepada pihak bank di atas penggunaan kad kredit bagi tujuan itu,” katanya.

Secara purata, jumlah pelaburan yang direkodkan pada tahun lalu berdasarkan aduan yang dibuat kepada NCCC adalah antara RM20,000 dan RM100,000.

Namun, bukan semua individu yang tertipu berani tampil ke hadapan untuk membuat aduan kepada NCCC menyebabkan jumlah sebenar kerugian mungkin lebih tinggi.

Demikian ulasan Sha’ani mengenai pengadu yang berharap untuk mendapat semula wang yang sudah dilaburkan selain menyelesaikan masalah emosi kesan daripada masalah itu.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai bahawa setiap pelaburan itu bukan memberikan pulangan percuma kecuali jika penganjur mempunyai tujuan yang tersirat.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan