SINGKAP: 'Kitar Semula' Wang Pelabur, Itulah Yang Mereka Buat... - Berita Semasa | mStar

SINGKAP: 'Kitar Semula' Wang Pelabur, Itulah Yang Mereka Buat...

Diterbitkan: Isnin, 24 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Modus operandi skim smart kutu sememangnya sebijak namanya. Individu yang ingin menjadi pelabur dalam skim smart kutu ini perlu melabur sejumlah wang kepada penganjur bagi tujuan mendapatkan keuntungan.

Bagaimanapun, pelaburan itu sebenarnya dijadikan sebagai sumbangan kepada pelabur atau peserta terdahulu.

Mereka pula akan menerima habuan yang dianggap sebagai pulangan lumayan berdasarkan sumbangan pelaburan daripada peserta baru.

Keadaan itu sebenarnya adalah kitaran wang pelabur apabila penganjur sentiasa mendapatkan pelabur baru bagi memastikan pelabur sedia ada menikmati pulangan seperti dijanjikan.

Ia sekaligus mengaburi mata setiap pelabur tanpa memikirkan punca pulangan pelaburan yang diterima, apatah lagi nilainya begitu lumayan diperoleh dalam waktu singkat.

Siapa tidak mahu mendapat pulangan sebanyak RM7,000 dalam tempoh satu hingga tiga bulan dengan pelaburan mudah hanya serendah RM130.

Bagi menjamin kepentingan peserta, terdapat skim seumpamanya yang hanya membenarkan pelaburan dilakukan secara wang pos dan kemudian dibayar kepada penganjur.

Penganjur bijak meyakinkan pelabur bahawa skim tersebut tiada unsur penyelewangan, tetapi sebenarnya sebahagian daripada modal pusingan serta wang pelaburan terkumpul dimasukkan ke dalam akaun peribadi penganjur.

Sejak tahun 2008, SSM telah memantau sebanyak tujuh kes skim pelaburan berkaitan wang kutu yang ditawarkan kepada orang ramai.

Salah satu skim smart kutu telah dikenal pasti membabitkan nilai pelaburan lebih RM33 juta dengan jumlah pelabur seramai kira-kira 100,000 orang.

Kesalahan itu akan didakwa di bawah Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan