Malaysia Minta Canberra Siasat Dakwaan Mata Wang

Diterbitkan: Isnin, 24 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Malaysia adalah antara sekumpulan negara yang memberi tekanan ke atas kerajaan Australia untuk menyiasat dakwaan rasuah dan urus niaga berkaitannya yang melibatkan satu syarikat yang separuh kepentingannya dimiliki Reserve Bank of Australia (RBA). Syarikat mata wang itu didakwa merasuah para pegawai asing dan malah menawarkan pelacur dalam usaha mendapatkan urus niaga mencetak wang kertas.

Pembekal wang kertas berpangkalan di Melbourne, Securency International, itu yang kini disiasat oleh Polis Persekutuan Australia (AFP), didakwa terlibat membayar komisen jutaan dolar kepada orang tengah dalam usaha mendapatkan urus niaga mencetak wang kertas dengan kerajaan asing, demikian menurut laporan akhbar The Age Isnin.

Seorang bekas pekerja Securency yang kini menjadi saksi AFP memberitahu beliau telah memberitahu program hal ehwal semasa Four Corners ABC dan The Age bahawa beliau telah diminta oleh seorang pengurus kanan untuk membantu mengatur menyediakan seorang pelacur Asia bagi timbalan gabenor satu bank pusat yang sedang melawat negara itu.

Saksi itu memberitahu Four Corners: "Lain kali, jika pegawai itu berada di sini, (saya diberitahu) saya perlu mendapatkan seorang pengawal peribadi, sambil mengelip ekor mata dan mengangkat kening... iaitu sejenis pengawal peribadi seorang wanita Asia.

"Dia mencadangkan saya mungkin mahu mendapatkan seorang pelacur bagi salah seorang pegawai bank pusat itu semasa lawatan seterusnya ke Melbourne."

Saksi itu dilaporkan berkata dia tidak memenuhi permintaan mendapatkan pelacur itu tetapi percaya petugas lain mengatur ramai pelacur dari satu negara Asia.

Saksi utama polis itu didakwa telah diberitahu oleh satu orang tengah yang dibayar upah oleh Securency, bahawa dia berhasrat merasuah seorang gabenor bank pusat dari satu negara Asia.

Dalam satu nota diari, yang diberikan kepada Four Corners dan The Age, saksi itu berkata orang tengah berkenaan memberitahunya pada 2007: "Gabenor itu akan lebih gembira jika komisen (pembayaran) itu dinaikkan."

Securency International yang diperbadankan pada 1996 adalah usaha sama antara RBA dan syarikat British, Innovia Films.

Syarikat itu membekalkan bahan polimer untuk mencetak wang di Australia dan 26 negara lain, yang termasuk Brazil, China, Hongkong, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Nigeria, Sri Lanka dan Thailand.

Adalah dilaporkan sebelum ini bahawa dua eksekutif tinggi syarikat itu berhenti pada hari yang sama satu audit yang sangat kritikal diumumkan.

Laporan itu mendapati bahawa sejak 2003 syarikat wang kertas itu telah membayar hampir A$50 juta di segi komisen kepada satu jaringan ejen antarabangsa.

Akhbar The Age berkata kerajaan Australia telah menerima tekanan dari negara seperti Malaysia dan Nigeria untuk menyiasat sepenuhnya skop dakwaan rasuah dan urus niaga berkaitannya itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan