Malaysia Bukan Hub Dadah - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Diterbitkan: Isnin, 24 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Malaysia bukan hub sindiket pengedaran dadah antarabangsa seperti yang diandaikan sesetengah pihak, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Bukit Aman Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin.

Beliau berkata ada pihak yang beranggapan sedemikian selepas beberapa cubaan mengedar dadah berjaya dibongkar sebelum ini, namun menurutnya apa yang berlaku ialah cubaan sindiket dadah antarabangsa untuk menggunakan Malaysia sebagai transit dadah berjaya disekat oleh pihak berkuasa Malaysia.

Katanya ada rakyat asing yang cuba membawa dadah melalui Malaysia untuk disalurkan ke negara lain namun kegiatan mereka berjaya dikesan lebih awal sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke dalam negara.

Menurutnya ketika ini polis sudah mengenal pasti negara Iran, India dan Taiwan sebagai ancaman kepada Malaysia dari segi kegiatan membawa masuk dadah jenis sintetik kedalam negara.

"Syabu jika dibeli di Iran harganya cuma RM60 sekilogram sahaja, dan apabila berada di sini nilainya RM162,260 sekilogram, sebab itu mereka suka membawa dadah ke sini sebelum dihantar ke negara lain. Lagipun kualiti syabu Iran amat baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan balai polis baru Bergosong di Pulau sebatik di sini hari ini.

Zul Hasnan berkata sehingga kini 57 rakyat Iran diberkas kerana kesalahan membawa dadah ke dalam negara, dan 80 peratus daripada mereka sudah pun didakwa di mahkamah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan