Istiadat Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Akan Disiar Discovery Channel

Diterbitkan: Isnin, 24 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA PILAH: Kira-kira 660 juta penonton di seluruh dunia dijangka menyaksikan dokumentari mengenai pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Oktober lepas yang akan disiar oleh Discovery Channel mulai 30 Mei ini.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata dokumentari selama 45 minit bertajuk Revealed: Malaysia's Royal Rites Negeri Sembilan, itu akan ditayangkan kepada penonton khususnya di Asia Tenggara, Australia, New Zealand, Jepun, Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

"Dunia akan menyaksikan keunikan pertabalan diraja dan ini akan mengangkat Seri Menanti sebagai destinasi pelancongan," katanya ketika berucap pada majlis tayangan perdana dokumentari itu, di sini Ahad malam.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Tuanku Muhriz dan kerabat diraja Negeri Sembilan.

Ng berkata salinan DVD dokumentari itu yang dibiayai kementeriannya dengan kos AS$5 juta (AS$1=RM3.31) juga akan diberi kepada agensi pelancongan dan kedutaan Malaysia di seluruh dunia serta akan dipertontonkan di Pavilion Malaysia semasa 'Shanghai World Expo' di China. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan