Exco Pertanian Johor Sedar Selepas Jalani Pembedahan Pintasan Jantung

Diterbitkan: Isnin, 24 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor Abd Aziz Kaprawi, yang selamat menjalani pembedahan pintasan jantung semalam, kini sudah sedar dan melepasi waktu kritikal.

Isteri beliau, Sabariah Tokimin yang ditemui pemberita di Hospital Sultanah Aminah di sini, hari ini berkata Abd Aziz, 51, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung pada Sabtu lepas, bagaimanapun diletakkan di bawah pemerhatian doktor bagi tempoh 48 hingga 72 jam lagi sebelum dipindahkan ke wad biasa.

"Pagi ini beliau sudah sedar, buka mata dan boleh tersenyum. Itu bagi saya adalah petanda baik.

"Saya lihat keadaannya seperti biasa seperti mana pesakit baru menjalani pembedahan. Tiada pelawat dibenarkan masuk buat masa ini kecuali saya dan anak-anak," katanya.

Sabariah berkata Abd Aziz sebelum ini pernah mengadu sakit dada tetapi dia beranggapan anggota Dewan Undangan Negeri Parit Raja itu hanya kekurangan rehat.

Kesemua lima anak pasangan itu turut berada di hospital berkenaan dan antara kenamaan yang hadir ialah isteri Menteri Besar Johor Datin Prof Dr Jamilah Ariffin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan